Tuesday, August 28, 2012

Feeling lepas raya 2012

Dalam keadaan yang agak sedih,namun keadaan dan suasana hari raya disambut dengan seronok dan meriah jugak. Aku cuba memujuk hati yang aku pasti satu hari akan muncul juga detik dan masa itu akan berlaku juga....sehingga kini sekali skala detik yang akan muncul itu terlintas dihati.

Aduh,dapatkah aku harunginya dengan tabah nanti. Tak pasti seminggu,2mggu or sebulan dan 2 bulan lagika...Oh Tuhan...tabahkan hati seorang insan yang bergelar mama dan isteri ini agar dapat Ku harungi dengan cekal dan tabah, hati dapat dipujuk dan menahan rindu...rinduKu, rindu anak2Ku....sob sob..sob....

Aku bersyukur kepada Mu kerana Engkang memberiKu mereka berdua sebagai kekuatan buat kami sekeluarga dan hidup penuh bermakna. Pernah suatu ketika dulu, hati ini pernah menyoal kenapa Aku diuji sebegini sehingga aku kecewa dan frust.....namun,selepas itu aku sedari dan betul2 bersyukur kerana takdir Mu itu memang sebaik-baik peraturan untuk Aku. Alhamdulillah, maafkan Mama yer dik...Mama sayang adik sangat-sangat dan setiap kali pandang adik hati Mama rasa sejuk dan minda Mama rasa tenang. Indah sungguh anugerah Mu Ya Allah.

Aku berdoa dan bertawakal kepada Mu Ya Allah...berila petunjuk kepada suamiKu agar semua urusannya dipermudahkan dan sentiasa dalam landasan Mu Ya Allah. Berkatilah hasil-hasil usahanya untuk zuriat-zuriatnya. Berilah kesejahteraan buat keluarga kami dan keluarga-keluarga kami. Amin.......

3 comments:

  1. InsyaAllah moga dimudahkan segala urusan.Setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya.Hikmah datang bkn dgn serta merta,hanya orang-orang yang bersabar pasti dapat ganjarannya.

    ReplyDelete
  2. knapa k ina sedih2 nie..sabarlah yer,stiap aturan Tuhan tu adalah yg terbaik utk kita..
    Redha seadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kwn2...insyaallah akan terus kuatkan smgt...

      Delete