Sunday, May 29, 2011

Budak baru tumbuh gigi....


Alhamdulillah, dah naik sebatang gigi minggu lepas semasa genap usia 7 bulan 3 hari. Kerisauan sentiasa ada takut2 Syifa ada alahan. Tapi dia macam biasaje......ada jugak baca maklumat dari blog tanda-tanda baby nak tumbuh gigi antaranya ialah;
-suhu badan naik kurang dari 39'C. (alhamdulillah,dia ok dan suhu macam biasa)
-selalu nak gigit utk menghilangkan rasa tak sedap pada gusi. (yang ni mmg sejak 4 bulan lagi tapi sekarang ni dia akan jerit dan bebai kalau kita ambik benda yang dia nak gigit, yang paling suka remote TV dan handphone, aduhai)
-kurang selera makan. (mungkin jugak sebab macam tak habisje bubur nasi dan pengasuh suruh tukar menu padahal memang 2-3hari sekali dah tukar)
-keresahan.( ketara sekali sebab tak nak tido,malam-malampun payah tido)
-gusi kemerahan.(gusi ada jugak nampak kemerahan dan bayang-bayang gigi putih sangat clear)
-pipi kemerahan.(hehe,gelap daaa...tp dia tengah ruam sekarang)

Malam tadi nasib dia okje tak wat perangai mcm sebelum tu tak pernah2 nangis dan menjerit lama dah.Hairan jugak tapi bila ingat2 maybe gusi dia sakit sebab gigi baru tumbuh dan sebelah lagi tupun nak keluar dah...

Lagi pulak petang tu kami pergi taman untuk aku pijak batu refleksologi tu..kot2la dia terbawa2 tgk org ramai tak leh tido pulak...sakit bebenor dah rasa kaki2 nie..lega sikit rasa tegang2 dan berdenyut2 dan panasje maybe darah dah berjalan elok. Elokla pergi selalu nak berjogging tak mampu lagi....

Jadi, malam tu bolehla masak-masak utk bawa..potluck utk majlis farewell seorang sahabat yang sama-sama lapor diri dulu dan kami bahagian lain yang menghargai dan buat majlis untuk dia nak pindah ....sedih jugak sebab kami sama2 induksi,sama2 BTN..nama anakpun sama jugak rupanya baru tau....cuma dia Nur Syifa Ayuni...nyaris2 tue....nasib tak totally sama....banyak jugak menu arini ada puding 2jenis,kuih2,tiramitsu,tom yam,sambal ikan,rendang,pekasam,telur masin,tapai,sambal belacan dan masak lemak daging......tapi mcm tak slerala sebab ramai yang tetiba bercuti......


Taraa.....khas utk myfrend......dan ikan pekasam not in the pic yer....(bau satu rumah goreng nie sampai jiran belakang buka pintu awai2 pagi dok cium bau pekasampe...dok lepak2 maklumla cikgu cuti sekolah)

 rendang ayam tgh mendidih..guna santan sawit tanpa kolesterol..tahan lama...

taraa..dah siap untuk 1 ofis makan dan bekalkan kpd pengasuh Syifa..

 
korean style....

suka dia..tak dan mama puas main dia dah jemu..

sangat teruja...

 nak tiru mama peace tak jadi

terlebih ghenyih daa..

Tuesday, May 24, 2011

Seusia 7 months...

Pejam celik pejam jelik cepat jugak dah 7 bulan anak dara mama ni...
 sangat mencabar dengan akai2 dia yg saja buat2....

Perkembangan~memang dah teror menyulur 1 mingguje dah cekap...Genap 7 bulan pd 22 Mei dia telah stat menapak utk merangkak..cuma lutut dia je digoyang2 kan tak terangkat lagi...dok cari akai kot mcm mna cara nak angkat lutut ke depan..tgn dah keras menahan..isauje dok goyang takut tersembam pulak....
Bila dah start teror tu tak menang tanganla berebut laptop,mouse dan wire2 yg bersambung2 tu...tak terurus mama dia buatnya..kelam kabutje angkat asal dia xdapat capai...mama tak sempat buat persediaan rapi minggu lepas.

Dia tak boleh dengar suara budak2 kat luar ngantok pun hilang jadinya..nak keluar main jugak..makanya mamapn bawa dia jalan-jalan diluar main sama2. Kadang-kadang bawa test drive sama2..nasibla kereta auto senangla sikit. Kita pusing stereng diapn pusing,kita kusyuk dia buka tingkap klo lupa lock. Kalau tidak dia akan merengek serba tak kena.Kalau dah puas jalan-jalan dan main dia dah ok dok dalam rumahpun.

Makan ~ semakin lalu dan pengasuh bagitau moi tak cukup.So mama tambah dari 3 sudu beras blend jadi 4 sudu..susu pulak dari 1oz menjadi 2-4oz...normal 3oz...SANGAT DRASTIK ...so bila dah kenyang susu mama dia wat tak retije dan gigitje...sedih giler.....

Layannnn pic aktiviti Syifa....

Kesian dok depan pintu tengok budak2 main..mama tak ready lagi nak keluar...padahal seharian dengan pengasuh berjalan rata...

tudia..muka kesian..

kusyuk tengok budak2 besar main...

Minat tengok Dora the explorer..tak kacau mama lipat baju langsung..
dah habis mulala start balik......(wire bersirat elak dari capaian dia xdan touchup biorje kang diapn nk touchup jgk)


Menu  dinner semalam: simple sempena ayah kurang sihat. (sempatla snap coz Syifa test drive dengan ayah)
Sup ayam sempoi....

Sambal telur pecah...terliur aih.....

Wednesday, May 18, 2011

Suri rumah vs Bekerja

Tanggal 17 Mei..cuti hari Wesak.....Cuti? saaaaangat seronokla dapat guling2 sama2.......
tapiii...apakan daya ala lecik tu biasala kalau kita cuti dia mesti bangun awai....
kebetulan HB keje semalam....tak dapatla bersenang lenang..yaka, mana boleh ada banyak agenda nak dibuat nie...pukul 7.30am Syifa tido balik then akupun tumpang bahagia tidola....
Jam baru pukul8.15am dah bangun..alamak.....iyola, dia tak biasa tido time2 nie......

So, akupun mulakan menggunakan masa-masa aku dengan berfaedah sekali..terus mula mengemas ruang tamu dan dapur..menyapu dan mengemopla....Syifa?hehe dalam stroller la...walker tak belipun memandangkan Opah janji nak beli..kalau tak jadi beli tnggu 8 bulanla baru nak bagi pakai.
Selesai semua kerja sebahagian akupun start b/fast,mandikan dia dan pukul9.30 dia dah mandi2 dan tido kembali......untung ada nie:
semua kerja lebih menjadi mudah bila ada 'bibik jepun' nie,
kurangla stress skit sbb boleh buat kerja rumah.(sila abaikan rama2ku yg nak menjunam tuuu)

Sepanjang 2jam dia tido dapatla masak-masak,basuh baju, settlekan kerja mengemop,lap segala2nya.....masak utk dia jugak....dan...barula boleh mandi dan makan......
Semua kerja kena buat cepat-cepat dan serentak....sambil mengemop menitik2 peluh macam atlet pulak....baju xbayak pun tapi lambat sungguh rasa..maybe sebab saya ni sangat cerewet bab basuh baju...baju anak kena cuci tangan kalau yang warna cerah-cerah.....

Menu simple untuk mencekik pulak ni dia.......org berpantang tu jgn terliur pulak..eheheee

 ikan pe ntah nama,rasa ala2 stim tp rebusje utk kesihatan..

 ayam masak paprik,sedihnya HB hanya amik isi dan kuah...
puas paksa makan sayur bapak org tu

ni pulak...nasi+keledek utk si cumilKu..nasib mau makan jgk..
kena pantang sat dari ayam sbb sudah naik biji2 mcm alergy..

Syifa bangun tepat pukul12..makan dan main-main....pukul1.30-2.30pm tido kembali......so akupun sambung lagi cuci-mencuci sampai la siap tgk2 jam dah 5.30pm...tupun lps dia tido lagik..bape kali tido daaa..letih bangat ...klo kat ofispun tak macam ni..Syifa dah bangun and tido berapa kali dah..aku hanya curi2 masa cam gitula....sampaije kul8 malam tanpa dinner aku dah flat....HB balik kul8pm....letih sunggula pagi tadi tak larat nak bangun sungguh..serikla rasa wat keje non-stop....ntah datang dari mana kekuatan dan semangat sebelum tu pun tak taula....Akibatnya hari ni tak larat nak menjejaki tangga tingkat 3....terketar2 lutut nie..maybe walaupun berjalan-jalanje dalam umah tetap ber-km gak kot...
Kalau macam ni la jadi suri rumah,uish aku tak jadila nak berangan2 lagik.....penat ooo tak cukup masa dibuatnya.....kat ofis boleh bersosial skit....
Tupun belum ada rumah sendiri dan bertingkat2 lagi......pengsan per kalau macam tue....

Disebalik nama....miss soon to be 7 months

 sila abaikan bantal kt belakang tu yer..spare utk susun sekelilingnya jika nak tinggalkan dia sekejap..
.ini disebabkan sudah terror menyulur n start selangkah 2 merangkak..


 sekarang susah nk snap pic yg clear dok xdiam..
sayang xdpt snap pic senyum lebar dia pakai tudung nie..

Dia telah ditakdirkan untukKu melahirkan didunia ini..sejak 4bulan aku suka tgk pic baby girl walaupun sebelum tu ada 2 pic baby comel yg aku ada publish kt blog ni..tetapi lps 4bulan hanya 1 je aku berkenan..dalam hati terdetik adakah baby girl? so 6 bulan scan 4D doktor jamin 90% adalah girl..nama aku cuba cari sebaik mungkin dan telah tersimpan rapi.....

Namun, selepas kelahirannya terus semua nama2 tu aku dapat rasakan tak sesuai baginya......mungkin betoi kata org kadang2 bila kita tgk baby dah lahir rasa ada nama lain yang sesuai utknya......Alhamdulillah,masa dalam pantang aku meng'google' lagik....dengan combination yang diberikan oleh kak ipar aku rasakan ia amat sesuai......

Maka,termaktublah kat sijil kelahiran sebagai nama: NUR ASSYIFA AMANI BINTI MOHD. AMIN..sekarang ia sudah serasi dgn pangilan 'syifa' dan diapn dh faham itu nama panggilan utk dia..pantang panggil terus akan pandang dan lemparkan senyuman...tapi ayah pula akan panggil 'Ananni' sebagai nama manja2....dah ubahla maksudnya cik abang oiii......jarang dengar dia panggil 'syifa'...aunty Roziepn suka panggil Amani disebabkan itu nama yg dia dh reserve sebelum nie tp tak jadi....

Ia kombinasi nama ala2 sebutan arab skit......Assyifa:penawar,pengubat dan penyembuh......Amani:cita-citaku..
Ada beberapa sebab nama itu dipilih antara tujuannya agar selepas kelahiranya penyakit emak yang agak seirus semakin sembuh. namun semua atas keizinan Allah dan usaha yang berterusan oleh kami anak menantu tak jemu-jemu bawa berubat. Alhamdulillah.....emak sudah sembuh 70% dan mampu untuk dukung Syifa berbanding masa berpantang semua akan diuruskan mertua dan aku sendiri bila balik di Alor Star.....emak hanya mampu tunggu baby jika aku nak makan,mandi dan sebagainya.Emak disyaki mengidap penyakit hati bengkak dan mempunyai air. Namun, bila p GH dah scan semua tak dak apa2..masa tu hanya lagi 2minggu nak raya puasa. Hanya suami dan abang sulung bawa emak. Aku dah tak mampu nak berjalan masa puasa sangat letih menahan puasa dan malamnya tak dapat tidur lena...perubatan alternatif pun dah banyak cuba dan macam2 dijumpai...ada juga unsur2 sihir..nauzubillah,biarla orang buat dan merekala akan tanggung dosa....
Dan kini setelah hampir 1 tahun tanggan emak yg terkena renjatan elektrikpn sudah sembuh dan boleh angkat dengan selesa tanpa disedari. Alhamdulillah,itu kuasa dan dengan izin Allah.

Antara sebab lain adalah agar Syifa sentiasa sihat,tidak mudah jatuh sakit dan cepat sembuh dari penyakit Jaundis. Alhamdulillah sepanjang usia dia hampir 7bulan baru 1xje dia terkena selsema akibat berjangkit dari taska.Selsema nie memang tak dapat dielakkan mudah berjangkit.Demam dan panas badan yang tiba2 masih belum lagi dan hati ini sentiasa berdebar-debar jika dia sakit risaukan suara nangis dia yang bingit tue,tak lalu makan or panas yang berlarutan..Harap2 tiap perkembangan dia nak jalan or tumbuh gigi dia akan kuatkan semangat tanpa sebarang alahan.Tapi...tak taula sebenarnya demam tu bagus ke tak utk setiap perkembangan....HB kata dah namanya demam mestila tak bagus......

Antara petua untuk elakkan demam ialah mandi 3x sehari semenjak baby lagi. Ini diamalkan oleh HB sekeluarga dari kecil agar badan tak panas.Harap kawan-kawan amalkan untuk anak2.

Semoga Allah lindungi Dia dan sentiasa sihat selalu,ceria sentiasa,cepat berlajar 
dan jadi anak yang solehah.Aaamiin.

Wednesday, May 11, 2011

Baru ku tahu 'special date' rupanya......

Malunya.....sempena 8 Mei baru2 nie yang aku tau aku dapat cal free becoz my besday n nak kena p follow checkup syifa sempena 6 bulan+.....

Ada lg rupanya special date hari tu adalah "HARI IBU"...selama ni aku dok sambut ingatkan 11 mei ....11 mei jugak besday anak buah yg sorg tue...
Pastu kehangatan hari ibu sgtla meriah jgk..b4 the date lg org dok wish..igtkan 7mei sbb dh meriah sgt..makanya ayah syifa n my lil syifa pn nyanyila sama2...lagunya mestila lagu 'ibu'...tak sangka syifa sangat suka..rasanya dia akan suka apa saja lagu kalau ayah dia nyanyikan.....menggediks n gelak la dengar ayah nyanyi..aku pulak smpai tergelak2 bila dengar ayat yang ayah gubahkan berbunyi...."bilaaa..ku terkucillll..mama tukar lampinkuuuu......"hihi tapi actually,everyday bangun pagi ayah yang tukarkan diapers syifa...everything mmg boleh harapla....melainkan bila syifa merengek dia msti nk tenangkan ngn 'nenen'je..ayah tak boleh buat apa2....kdg2 xdapat mama,ayahpn dia sebat gak xkan confius kot....terkejut ayah....hihi kelakar sungguhla anakku nie.....
Sambutan biasaje just kuar bertiga sama2 n makan2.....Syifa sekarang dah 6bulan+ dan sangat excited bila keluar rumah dan sudah boleh bawa untuk keluar makan2...dia sudah boleh tahan mengantuk...Untuk ibuku n mertuaku hadiah postpone....xbestla pulak postpone......tahun nie tahun yg sangat bermakna.......hari sebelum hari ibu dan lebih tersentuh bila tgk pic nie.....

 syifa 6.5months bersama tok sebelah mama..pic mak yang dah semakin sihat bersama my lil sweetheart yg merealisasikan mama berstatus 'ibu' jgk...
 
syifa dokla diam2 sian tok tak larat melayan dia..suka tolak2 klo org dukung....."klo ms 2bulan emak surrender n sanggup p masak lg dr ngasuh dia sbb ms tu belum full recover".....

Tuesday, May 3, 2011

*KASUT 1 SIDIA*

Weekend 1st may cuti 4ari..amboi cuti sakan...khamis kul4 ptg dgn excited bertolak balik kmpg sebelah suami. Nampakla kecerian dia nak balik kmpg sggup keluar awai...saya sememangnya balik pukul3.30 klo hari khamis...pengasuh syifapn excited dh siap2 bg mandi n tggu depan pagar ms km p ambil dia....segala pakaian baju2 pn dia suh tinggalkan dia nak basuh katanya..balikla bercuti dgn senang xpayah basuh baju....sejak ada ank nie mmgla kena basuh baju even kt umah MIL takut xckup..gpn klo sume nk bw balik penuhla kete...

tgkla reaksi sang ayah yang hepy sambil drive bersama2 bby manjanya......
 ayah yg terlebih heppy nie...

sempat juga cari2 kasut kt syifa..dh lama nak cari yg sesuai cuma xdk wktu nk g shopping..nak beli online takut xmuat pulak,kaki dah ukur 11cm pnjangnya tp xtau nk agak2 pulak....better kasut 1st nie beli kt kedaijela....
taraaa..comeinyer......

mama yg excited...tgk terus try n ambik tak cr kasut lain dh....bila balik tgk2 bukan pre-walker shoes..tp utk yg walking bby.....bolehla yer syifa gpn xlama g dh nak jln jgk..size 13cm ni bila ukur..bila pakai.cm lebih skitje nasib beli kt kedai...t bila2 mama beli lg 1-2 kasut yer...gpn  mama dh beli buai elekrik dah kt syifa..tula sapa suh nak menggediksje siang2 ari....uish seronokla n excited pulak smpai bleh wt n3 kasut....kasut mama?..xdkpn nk beli baru...nti kita jejalan yer....