Monday, October 26, 2009

DuGaaN DeMi DuGaaN

Last friday, aku bawa emak berjumpa doktor..........perkara yg menyedihkan hasil ujian check-up lepas amat mengejutkan aku............ingatkan selama ni emak sakit biasa2 je........doktor mengesahkan emak ada sakit jantung and mintak buat lanjutan check-up bagi memastikan tahap sakitnya.......aku dengan kaki yg lemah bw emak pulang utk next appointment pulak iaitu semalam (ahad)...........aku terpaksa amik cuti emergency......abis seluruh jiwa ni rs lemah je........dalam kepala otak macam manala aku nak buat lagi kos makin meningkat nanti........mak hanya terdiam and nampak wajah sugul dia........aku tersangat sedih dalam hal mcm nih........ke sana ke mari aku yang sibuk bawa berubat....akupun kurang tempat bergantung...semakin lemah...HB tak dapat balik mggu ni...perempuan sememangnya lemah semangat skit..........hari makin gelap...jam dah 7.30 malam...kami pulang bw berita yg sedihla and operation terpaksa ditangguhkan takut tetiba dapat strok masa bius nanti......

mendengarkan berita td buatkan aku hilang semangat dan tumpuan.......ahadpun buat test lagi ternyata agak serius,saluran darah tersumbat.........nadi n jantung terlalu laju.....tak semua test dapat dillakukan membuatkan keputusan dari analisis dktor lagi teruk....apapun aku tetap akan berjuang bawa emak berubat setiap minggu........

ADUH.........berdenyut2 kepala nie dan aku tak sggup nak habiskan n3 ni dah.........got to go and take rest lgpun malam tadi tak dapat tido....semoga Allah sembuh dan redakan penyakit emak nih....aminn...

Wednesday, October 21, 2009

TeRuJa & BuNga2 CheNtA

~~~~~~@Sebagai insan biasa yang lemah dan bernafsu aku seringkali mengimpikan diluar jangkauan.........tetapi aku sedar cuma angan2.....tetapi tanpa angan2 juga semangat kita akan kurang..........apela punya citer ni agaknyer kan.......(berbelit2)....sorry dah lama tak update sebab ahad tu penat sangat malas nak taip...ofis adakan gotong royong.....senin pulak aku datang keje 2jam je and isi borang cuti,then terus balik....HB dah tunggu kat Lobi per lagi bukan selalupun nak buat keje giler....aku teruja nak buat sesuatu yang menghepykan.......

yang pasal malam minggu tu,hehe malu nak citer..............
aku akhirnya sempat menyiapkan langsir untuk rumah kami........buat sendiri tu yang teruja nak pasang....aku buat yang sempoi2je maklumla 1st time...ingatkan nak pasang sama2 HB tapi dia dah siapkan sumenya sebelum aku balik keje ahad tu...spoil betoila........
sekarang ni dah berkira2 nak beli mesin jahit sendiri.....hmm seronoknya tapi mungkin next year la kot sementara nih pakai yang my MOM la dulu.....dahla jenis yang dulu2 tu penat owh nak kayuh....,emak takut yang elektrik punya....aku ingat nak beli yang secondhand pun jadila......lagipun sekarang aku tengah kembangkan bakat yang sedia ada........cewah...(cayo la tu).....

masa cuti isnin lepas,kami terus pergi ke  kedai2 yang di'list'kan nak beli barang rumah,
(boleh tak ambik cuti rehat semata2 nak buat keje tu je),cuti aku dahla tinggal 9hari dari 34hari,sempat ke nih sampai hujung tahun...masa kahwin haritu ambik 2minggu, tu yang cepat abis....(hai melencong pulak:)kami tak beli banyakpun sebab tengah2 bulan kan and kena ikut budget..........

Then, kami pergi jalan sana sini sampaila ke malam........2-3 kali keluar pekan gakla and ada je benda nak buat.....pagi selasanyer HB dah siap2 nak balik perak terus dan masuk keje....ni satu hal keje giler jugak bukannyer dekat cek oii 3jam baru sampai....akupun takla sedih sangat sebab dia tinggalkan aku masa nak masuk ofis.....itu strategy dia,haha
Tapi nak tau pe yang jadi.........rupa2nya pukul1 dia datang jemput aku kat lobi.....hai...tak jadi balik lagi la tuh....(teruk betoi panahan chenta kami)......so semalam aku masakla memandangkan dah jemu makan kat luar, lepas makan sampai 3x tambah ingatkan nak balik rupanya dok kusyuk baca MINGGUAN WANITA pulak. Lepas 3kali tak jadi balik akhir pagi rabu ni baru HB balik.........thanx cayang kerna kasih syg mu tak pernah pudar membuatkan hatiku sentiasa berbunga2....(cewah minah jiwang la pulak)....

Satu hal lagi,selain menjual tudung di ofis aku dah dapat keje untuk pendapatan sampingan ........insyaallah bulan12 ni akan start...aku dah mula kira2 ni modal pusingan untuk cover balik interest on loan tuh....tapi ternyata okla jugak cukupla makan dan perbelanjaan keluarga...aduh!teruja sangat ni....aku memang tak dapat dipisahkan dengan calculator...(maklumla otak tumpul).....ALHAMDULILLAH....berkat kesabaran dan usha kami.....actually HB yang cari ahad lepas....aku ikutje....kalau tak best and ada masalah tak jadila kot..........apapun usha akan mengiringi angan2 ku.........kuang2x (sekadar berkongsi perasaan hati ini and tak berniat lain2 maksud)..................


pic tengah jahit je yang dah siap malu nak tunjuk....


Friday, October 16, 2009

keRja SebaHaGian DaRi HidupKu.....

*******pagi ni aku bangun dengan segar sekali.......maklumla bangun lambat walaupun dah tak boleh lena pukul 8 pagi tadi tapi aku gagah jugak nak pejam sampaila terlena........
maklumla hari minggu tapi aku kena bangun untuk masuk ofis jugak kerja-kerja dipejabat berlambak.......rehat sangat penting kerana tiap minggu aku akan SETTLE kan banyak problem dan hal di kampung.......sekarang nie pun kat ofis........dah settle bab nak jawab audit baru bleh buat n3 nie.......

*******aku perlukan cari jalan untuk tambah hobi demi mengurangkan kekusutan kerja,rumah dan hal2 lain......setakat ini minat aku dah banyak yang masih belum disempuranakan.........hehe malam nie aku akan cuba siapkan..........nak tau apa dia TUNGGU next n3.........kepala hotak aku akan serabut kalau aku dok diam je...nanti hubby akan salahkan aku kuat fikir yang bagi tekanan dalam hidup and ganggu kesihatan aku serba sedikit.........tut......

*******malam tadi lepas ofis hour aku and one of mybestfrend kat ofis bergegas ke pekan SP.......kami da misi yang masih belum lengkap.......memandangkan minggu ni deepavali takut kami ketinggalan........pe misi tu biarla aku diam dulu.......tapi kami kecewa kerana tak dapat lagi apa yang dihajati........and memang ketinggalan pun........sampai sesat2 la kami......kul 9 malam baru sampai umah.......seronok jugak dok Sg Petani and buat masa ni tak nak isi borang pindah lagi.........

*******kena balik dulu nie nanti tak sempat nak ke alor star pulak da appointment ngan doktor dah la jarak dari sini 1 jam........sian mak aku tunggu kepulangan aku tak balik2 lagi......


enjoy u'r sakit mata tengok pic2 kat bawah ni.........haha


muka bangun pagi yang tanpa make-up dan semakin cik mbam, baju lusuh n tudung comotje.....


my desk & room yang serabut giler......see apa yang ada?
doc. in tray yang tak bersusun, atas meja banyak fail & doc serabut,atas kerusi pelawat pun ada fail,
bawah meja pun fail,biskut & air.......kotak2 A4 penuh kertas tak shredd lagi....almari fail tak bertutup......haha



ada lagila....meja sisi pun serabut jugak......memo lekat kat softboard tapi
aku lekat kat wall,wakaka tak sempat nak hiasa board yang ada & tak friendly user jarak jauh skit tak nampak sgt......
*******
Nama je SECRETARY 5S tapi aku yang hampeh........tak mengapa ahad nie aku dah inform semua nak buat gotong royong so aku kemasla sikit meja aku nanti disaamping kerja2 lain....maklumla orang yang baru kahwin depa tak benarkan angkat benda berat so bonus for me.......

wokeh bye.......tunggu nx n3 pasal malam ni yer........

Wednesday, October 14, 2009

StaFF PeNiPu.............

Seorang bos sedang menunggu staff-staff nya datang ke ofis untuk bermesyuarat.
Bos itu sungguh marah kerana tiada seorang pun sampi ke ofis.  Tiba-tiba kelihatan
salah seorang staff nya berlari menuju pintu ofis.....


Staff 1: Bos..jangan marah dlu..saya boleh jelaskan kenapa saya lewat hari ini...
Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi
terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan. Saya
terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu jatuh
dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai.


Bos tersebut amat hairan dan pelik dengan penjelasan staff tersebut tetapi
membiarkan sahaja kerana beliau dapat datang jugak.  Seketika kemudian 8 orang
staff datang dengan keadaan kelam kabut dan bos pun bertanya setiap seorang
dari mereka kenapa mereka lewat.


Bos: Kenapa kamu lewat.
Staff 2:Saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas
tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi teksi tersebut rosak di tengah jalan.
Saya terjumpa ladang dan membeli seekor kuda sedang dalam perjalanan kuda itu
jatuh dan mati dan saya berlari 10 km dan baru sampai..


Bos itu pelik dan agak hairan dengan penjelasan staff tersebut tetapi dia telah
melepaskan staff yang pertama dari apa-apa hukuman dan terpaksa juga
melepaskan staff yang kedua itu.  Dan setiap staff yang ditanya mengapa mereka
lewat dan penjelasan mereka juga sama dan akhirnya soalan ditujukan kepada

staff ke-9.
Bos: Ha ..kamu pula ..apa pula penjelasan kamu?
Staff 9:saya ada temu janji tetapi ia selesai lewat. Saya berlari untuk menaiki bas tetapi terlepas, saya menaiki teksi tetapi....

Bos:Biar saya teka..[bos itu menyampuk..]..teksi tu rosak kan...
Staff 9: Bukan...ada terlalu banyak bangkai kuda di tengah jalan...teksi langsung
tidak boleh bergerak...

p/s: renung2kan kalau boleh digunaka....wakaka

JiWa KaCau OtAk BiLaU..........

kenapa semenjak akhir2 ini perasaan dan jiwa ku semakin tak tenteram........kehidupan semakin usang dan kebosanan.......tugas2 harian yang memerlukan ketangkasan berfikir membuatkan otakku digunakan 100%. Tidur malam sering terganggu.......walaupun tidur otakku masih berfungsi untuk berfikir...........

Jika kawan2 kat luar sana ada cadangan macam mana nak cope with this problem, tolongla yea........hari minggu pun serabut jugak.........aku cuba lakukan kerja dengan se'enjoy yang mungkin. Tadi dah dapat buku SKT untuk diisi......aku bosan nak isi and berapalah agaknye bos aku nak bagi kali nie........dalam kepale hotak jugak tak sabar nak nilai SKT staf-staf aku nie.........haaaa baru tau depa selama ni aku suruh buat kerja lambat nak buat....tapi aku tak sampai hatila pulak.......mungkin ada yang mencecah 90% dan ada yang tidak........tunggu....penilaian ikhlas dariku.......tapi SKT ni penting untuk pergerakan gaji tahunan dan untuk CONFIRM.........aku tidak mengharap dapat confirm dalam perkhidmatan terlalu awal biarla atleast 3 yrs......genap 18/5/2010 baru 2 yrs aku berkhidmat.

**********************************************************************************
Terkenang kembali masa dulu2, kesusahan masa lampau.........

Mei 2007~ Tamat berlajar.

August 2007 ~ dapat keja kat LUMUT jadi account clerk,tourism company. Tiap ari da OMputih turun naik ofis jenuh nak susun english aku.......

Oct. 2007 ~ dapat keje jadi executive yang macam2 bidang tapi banyak training untuk nak jadi leader. Kat situ berlajar macam2 public speaking, buat bisness,pergi seminar,buat budget and cari peluang untuk bisness.....tetapi sume hampeh kena tipu gaji tak dibayar selama 2 bulan 1/2 tau...bulan 1/2009 aku rest dok umah....banyak duit habis...kete dah pakai HB bagi kelisa masa tu sume dia bayarkan termasuk belanja aku....transport penting kerana group kena keluar cari bisness...kami dah sampai mintak sokongan EXCO negeri tau nak dapatkan tanah..tapi hampa belaka..so duit simpanan nak kawin pun merosotla termasuk support masa keje kat Lumut tu......pergi temuduga sana sini lagi.....

Feb.2008 ~ dapat 2 offer , aku decide nak keje kat firma perakaunan untuk cari ilmu habis habisan........tak rugi aku kat situ......baru 2 minggu keje aku dipanggil temuduga. masa tu aku gunakan semua pengalaman yang ada termasuk praktikal kat audit firm selama 6 bulan. Walaupun tak sampai 6 bulan graduate hampir 100+ application aku telah hantar tidak termasuk yang On-line. Banyak juga temuduga yang post besar2 tetapi gagal. Aku tetap tabah and mak bagi semangat katanya hampir setahun barulah berhasil nanti.
Masa temuduga Feb tu,aku orang 1st dipanggil.....dengan tak tau apa2 and baru sampai pagi tu jugak aku jawab haru biru je.....lepas temuduga terus balik Perak sebab HB ada urusan.......dalam pukul 6.30 petang aku mendapat panggilan berjaya ke sesi ke 2 pulak........alhamdulillah pukul 3 pagi bertolak ke KL lagi.....sampai pusat temuduga aku orang 1st lagi yang dipanggil. Mungkin dah rezki kot so interviewer pun semangat n fresh lagi.....

April 2008 ~ Dapat offer letter post tetap pulak tu,hehe memang syok giler........tak sempat nak confirm kat firma perakaunan tu......alhamdulillah bulan 5/2008 lapor diri and betoila kata mak aku and tepat setahun tamat berlajar and bukan dari graduate day aku dah dapat kerja tetap sehingga kini aku masih meneruskan perjuangan dalam pekerjaan ku........syukur berbaloi jugak aku berhempas pulas pulun study selama ini and pointer amat penting yang selalu lecturer pesan2 kan......aku takla hebatpun tapi atleast theory2 yang dipelajari masih diigati dan diadaptasikan..........

**********************************************************************************
Con't,

Lepas ofis hour aku memang kebosanan, HB bilala nak pindah sini cepatla....i'am alone... siang tengok PC and for nite tengok wall je.......lepas kahwin nak 'bergayut' kat fone pun dah tak larat.....penyakit susah tidur aku kembali lepas raya ritu......hari2 berlalu dengan cepat dan aku masih seperti dulu.......tak sabar nak tunggu bulan 4 kerna gaji aku naik masa tu........hurmmm bila la nak dapat offer baru nih.......LHDN tak keluar ke tahun ni ek......sejak kerja sini aku jadi serabut kepala hotak, penampilanpun tak terurus.......MOOD dah hilang kot.......staf aku semuanya lelaki pulak tak dak gengla.......nak bagi arahanpun kena hati2 nanti disalah tafsir.......maklumla lelaki kan BARAN.......

Sesape yang tau ada kerja part time yang menarik bolehla contact aku iye...untuk hilangkan kebosanan meniti usia2 yang semakin matang nih........

p/s: sorry N3 aku ni memang serabut sebab tuan diapun serabut and haru biru jugak...........hahaha

Thursday, October 8, 2009

Tak DeR ToPiC...........

>>>>semalam lepas keje aku berkobar2 nak balik tp xjugak balik awal...tepat jam 5.30p.m barula jari aku me'thumb print'........dalam kepala hotak melayang,nak masak ke or nak beli je.....pastu aku amik keputusan nak beli ajelah nasi ayam dan milo ais....so save la masa sikit....dari pagi aku asyik ingat nak makan je...pagi breakfast kueh teaw+bihun goreng, lunch pulak makan nasi....then tak sempat balik perut dah nyanyi2 mintak diisi.....

>>>>lepas dinner (yang masih lagi petang),hehe tenaga aku berubah......macam segar pulak,mybe lepas minum MILO kot......aku teruja nak kemas store bilik belakang tu....after married aritu kemas sikit2 je and banyak lagi barang tinggal kat kampung masing2,tapi hubby dah bawa dah last 2 month.....

>>>>akupun mulala menyusun and mengira hadiah-hadiah yang dapat masa kahwin dulu....banyak jugak hampir suku dari store room tu....seronok jugak ye dapat hadiah banyak - sekali seumur hidup,hehehe tima kasih kawan2 yang sudi datang my wedding last may and TQ for da present ya.....lepas ni turn mogie pulak...hmm apala agaknyer aku nak beli nih...tp kami dah janji masa study dulu mesti ada 1 hadiah yang shock sikit...tapi yang pasti hadiah tu memang sesuai dengan dia and dari dulu lagi aku dah plan nak bagi,hehe wait and seeeeee.......masa aku dulu dia bagi surprise present jugak + 1 present kahwin.......kebetulan masa tu 8 Mei my birthday so dapat 2 la.......nak tau apa dia kasi? hehe geli hati jugak nak umum....(baju tido seksi siap warna merah ang2x lagi)....hubby tersengih tengok,masa tu tak pakai lagi no...dalam hati aku, muat ke baju nih...and alhamdulillah muat lagi sampai sekarang tau...baru pakai 2x jer....

>>>>bilalah agaknya nak beli kabinet untuk isi hadiah2 takut rosak bubuh dalam store...nak bodek hubbyla nanti....

>>>>this weekend, on 10 October rasanya hawa salleh jemput kenduri kahwin dia...alamak sedihla pulak tak dapat pergi yela dah jauh, kat Johor nun di sana cek oiii, kalau ude tu bolehla pergi sebab husband dia orang sini je dekat jugak dengan ofis......apa2pun SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT PASANGAN KEMBAR HAWA and HUDA.....semoga bahagia hingga ke akhir hayat hendaknyer.....amin......thanx atas jemputan.......

>>>>alamak, i kena rushing ni nak balik rumah and balik kampung....daaaa......

TaNdA-TaNdA KeCiL QiAmAt.......

Firman Allah, maksudnya: "MANUSIA BERTANYA KEPADAMU TENTANG HARI BERBANGKIT (KIAMAT). KATAKANLAH: SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN TENTANG (DATANGNYA) KIAMAT ITU HANYA ADA PADA SISI ALLAH." DAN TAHUKAH KAMU (WAHAI MUHAMMAD), BOLEH JADI KIAMAT SUDAH DEKAT PADA WAKTUNYA." AL-AHZAB:63)


Tanda-tanda kecil kiamat.


1. Seorang hamba sahaya perempuan dikahwini tuannya.
2. Ilmu agama sudah dianggap tidak penting lagi.
3. Ilmu agama sudah tidak difahami dan tidak dipelajari para manusia.
4. Tersebarnya perzinaan kerana mendapat izin rasmi kerana mendirikan tempat pelacuran/perzinaan oleh pemerintah.
5. Segala minuman keras seperti arak, diminum secara berleluasa, peminumnya sudah tidak kenal dosa malah menjadi kebanggaan baginya.
6. Lahirnya para Dajjal (pendusta) yang jumlahnya hampir 30 orang, semuanya mengaku utusan Allah.
7. Ilmu agama dicabut (ramai alim ulama meninggal dunia).
8. Banyak berlaku gempa bumi.
9. Zaman sudah dekat mendekati.
10. Banyak fitnah memfitnah.
11. Banyak pembunuhan.
12. Banyak harta bagi setiap orang hingga tak tahu membelanjakannya.
13. Ramai orang bermegah dengan projek mega.
14. Banyak gunung digondol dan dihapuskan.
15. Ramai orang bodoh rajin beribadah hingga mudah / senang dirayu iblis.
16. Orang yang ahli membaca Al-Quran tetapi fasik, yakni sembahyang dianggap remeh, mudah dan ditinggalkan.
17. Banyak mendirikan masjid tapi tidak mengimarahkannya.
18. Banyak turun hujan tetapi sedikit tumbuh-tumbuhan.
19. Banyak orang menjadi pemimpin tetapi tidak boleh dipercayai.
20. Ramai orang solihin meninggal dunia.
21. Anak melawan ibubapa.
22. Hujan di musim kemarau.
23. Orang pendusta dianggap benar,orang jujur dibohongi dan tidak dipercayai lagi.
24. Orang yang jauh menjadi akrab tetapi hubungan keluarga terputus.
25. Setiap desa dikepalai orang munafik.
26. Tempat-tempat pengimaman sama dihias.
27. Lahir ramai anak hasil perzinaan.
28. Banyak minuman keras.
29. Ramai orang memutuskan tali persaudaraan.
30. Menuntut ilmu bukan kerana agamanya tetapi bermaksud utk perolehi pangkat dan kedudukan.
31. Ramai kaum suami menuruti kehendak isterinya.
32. Para pembesar / penguasa melakukan zina.
33. Kitab suci Al-Quran dihina dan diremehkan.
34. Tujuan hidup untuk keperluan perut bukan agama.
35. Orang alim (ulama) sudah tidak ditaati.
36. Orang alim sudah tidak disenangi.
37. Orang kaya dimuliakan kerana kekayaannya.
38. Banyaknya berlaku penceraian suami dan isteri. (yang ni memang banyak...nau'zubillah) 
39. Banyak kematian secara mendadak.
40. Ramai lelaki merupai wanita dan wanita merupai lelaki. (boleh dilihat di sana sini dah)
41. Al-Quran dibaca untuk diperlagukan.
42. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
43. Rasuah berleluasa.
44. Ramai orang bermegah meninggikan bangunan rumahnya.
45. Ramai orang menjual-beli hukum.
46. Memandang ringan masalah perceraian.
47. Berdasarkan hadith riwayat Iman Bukhari, daripada Abu Hurairah.


Semua tanda diatas sudah ada di dalam masyarakat kita hari ini.
p/s:>>>>>> Marilah kita menginsafi diri sesama kita semoga Allah sentiasa merahmati kita sekalian.

Tuesday, October 6, 2009

HiDuP DaN PaNcAroBa...........

Sejak kebelakangan ini jiwa aku menjadi semakin runsing.........bebanan kerja yang banyak sehinggakan aku tak tau nak mula yang mana dulu..........
mungkin banyak faktor lain yang mempengaruhi pemikiran aku........Ya Allah...aku sentiasa dihujani pelbagai dugaan...tapi aku yakin ada sinar diakhir nanti......aku masih belum lali dengan lumrah hidup aku yang sentiasa mendapat pelbagai dugaan sebelum mengecapi kebahagiaan  & ketenangan........

(kerunsingan kepala hotak....)
>>>>audit query n lawatan audit yang berkala memang membosankan n mengganggu perjalanan kerja n ketentraman hidupku.......

>>>>masalah kesihatan my Mom pun sedikit merunsingkan aku....adakah dengan memilih PMC (Putra Medical Centre) jalan terbaik untuk rawatannya...harap2 jangkitan tidak merebak ke otak n tiada sebarang masalah semasa rawatan..or adakah kena operation...belum tahu lagi n next appointment on 9 Oct 2009 aku akan sedaya upaya berbincang dengan doktor....semuanya aku berusaha n berdoa....emak risau takut mengganggu kerja aku kalau selalu bawa dia ke hospital....tapi apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu...maybe hubby pun akan balik awal jumaat supaya dia jugak dapat menemankan kami.....

>>>>masalah PJJ antara kami suami isteri...hubby telah membuat keputusan supaya aku tak payah mohon pertukaran bertugas buat sementara waktu...dia sedih memandangkan aku menjadi tempat bergantung ahli keluarga...biar dia yang cuba untuk mencari LOBANG2 disini....dan akupun turut membantu...buat masa ni kami tengah survey kerja part time untuk berniaga pada waktu malam untuk student...tapi belum pasti lagi dan mohon bantuan maklumat dari rakan sekerja....

aku yakin memangla permulaan hidup n lepas graduate memerlukan masa yang lama untuk hidup senang...even kerja dengan GOV, gaji tetap hanya cukup2 makan je...aku yakin ramai yng staf gov pun setuju dengan pendapat aku...sebab tula aku dah bagitau hubby tak suka dia keje gov but salah sorang pun jadilah....kami ada PLAN untuk masa depan kami...buat masa ni aku tunggu untuk confirm dulu....
untuk mengurangkan sedikit kerunsingan masalah kerja,family dll, penghasilan dan penulisan blog ini adalah salah satu sebabnya......bila menulis aku dapat rasa tahap pressure dan kebimbangan berkurang....

selepas berkahwin MINAT aku menjadi berubah dan ada HOBI pulak tetapi tidak semua dapat dilakukan selalu...antaranya blogging, kumpul resepi dan ingin mencuba, ingin berlajar menjahit tapi tak tercapai lagi,kain dah beli tapi tidak berkesempatan, rinduuuu bila tengok Al-Quran...rasa sayu tiba2 dan ingin terus memeluk dan membacanya, aku berdoa supaya hidup aku dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmat oleh maha esa.......aaaamin......

Friday, October 2, 2009

TaTaPan WaJaH Di HaRi LeBaRaN 2009....

hari raya pertama-baru nak keluar beraya....


Hakimi yang suka buat perangai.....



nak pergi rumah tok n tokwan Kimi....



bergambar bersama-sama menantu.......(ni pic sendiri hp xclear kena beli baru nih)



bergambar bersama cucu-cucu n 2 orang tak dak pergi ambik camera...



bergambar bersama anak2 lelaki n sorang tak dak coz di perantauan yg no 5 (abg yusri)....
dari kiri: hubby (no.6),abang ngah(manjer no.2),abang long(yoep no.1),ude(wok no.4)


otw balik dari rumah Bazla..........hubby ngantok lepas makan...


muka budak2 poyo....


majlis hari raya ofis sempena majlis perpisahan 1 orang staf n bos naik pangkat tukar ke Pahang...



mc membuka majlis then masa utk berucap...huhu ramai yang menangis termasuk gue....


kanak2 ribena yang suka bergambar........(wida buat2 candid konon)...


p/s: pic xberapa clear, insyaallah nxt year kumpul duit beli hp baru............

LaGi-LaGi....CeRiTa RaYa 2009...........

Masa pagi raya kelam kabut jadinya kerna kami terbangun lewat...jam sudah pukul8 pagi...aku terkejut dengar suara budak-budak kat luar ramai.......mak akupun xkejutkan kami....husband aku dia tidur balik tanpa kejutkan aku.....aku biasala OFF n malam tu tido lewat plak.......so pe lagi kelam kabut iron Baju Melayu n Sampin dia dulula.........dah pulak air slow so bertambah lambat lagila......yang akuni xmandi lagi...budak2 dah berduyun2 datang.......hubby nak minum dulu tapi aku xbuat lagi,mana nak pakaikan Sampin lagi dahla 1st time nih.......ketar kaki tangan aku ni.......mak n abang aku dah tunggu hubby kat luar untuk pergi SOLAT HARI RAYA sama-sama. Kak aku sibuk dengan anak dia bad mood...lagipun husband dia beraya di rumah mak mertua dia dulu........

so, aku amik keputusan nak tutup pintu buat sementara untuk mandi...hehe selamatla skit biarla budak2 tu jerit aku dah xsempat kang orang datang beraya aku xmandi lagila pulak.......tp xSYOK la xdapat pergi masjid.........


Hubby balik awal untuk tolong aku didapur...gi beli ais dan gas dah habis.....tahun ni tidakla penat sangat macam dulu......ramai orang datang lepas solat, kt dapur penuh sedara n kawan2 mak...ruang tamupn penuh ngan kawan abg n adik...kt ruang TV pun ada budak jugak....yang kosong hanya kt bahagian 2 je.....tapi sekejapje pukul 1 p.m tetamu dah beransur-ansur.......aku lega sikit boleh kemas2 tetapi tu la alhamdulillah hubby kemas sume kt dapur...walaupun dengan bersampin dia wat tatau je n belasah jugak..........

Kul 1p.m kami lena keletihan n wake-up at 4pm and start keluar utk beraya.........(apa jenis punya raya la tido plak)...bukan pe actually my mom keluar beraya dulu kami kena jaga rumahla coz salah seorang anak buah ni OKU...so kalau nak ke mana2pun mesti ada orang tunggu kat rumah. kami tumpang seronok tengok mak seronok beraya yela sebelum dia dia jarang dapat keluar so bagila CHANCES kat dia dulu.........

then, masa RAYA KE 2-kawan2 yang datang adalah MOGIE with her fiancee pada sebelah petang...........MIZA with her husband (RIZAL) pd sebelah malam...then kami berborak kt hampir 12 tgh malam la jugak....aku hanya sempat pergi umah MAK CIK kat tebengau, umah Kak Long je coz masa dah suntuk...n hari raya ke 3 dah nak balik perak awal2 pagi tuh........tu pun janji nak balik malam hari raya ke 2 tp letih sangat n hubby ajak balik esoknya........

sorry for Hasnah xdapat pergi beraya rumah....n Daliela sms nak datang rumah tapi aku dah balik perak........sorry nanti kita jumpa lain masa yer.........tahun ni xsempat nak beraya sakan ziarah kawan2 n beraya kat perak sampai raya ke 7 plak baru balik.......

RAYA KE-3, cuma berehatje kat rumah kakak ipar sebab rumah MIL dah full...kami booking kt situla......petangnyer baru pergi rumah MIL......happening sangat orang ramai...anak buahpun ramai....kawan2 hubby pun ada yang datang bawa family.......kami semua berkumpul kat luar MAIN BUNGA API....macam jenis ada....yang paling best bunga api yang digunakan masa malam merdeka tu n masa CNY....cantik sungguh berbagai corak bunga api....tapi yang lawaknyer kebanyak si bapak2 orang yang EXCITED lebih,tambah2 abang ipar aku....stok ni dia yang pulun cari.....hubby lagilah sama naik jugak....masa kat kampung aku dia xdak GENG sangat...........

RAYA KE-4, aku buat laksa dengan Adik ipar,barang2 kami keluar cari .........pada masa yang sama kami pergi survey PHOTOSTUDIO coz petangnyer dah set nak ambik family foto...so dapatla 1 kedai ni yang paling murah 4keping pic RM320....kalau kedai lain semuanya RM500+........dahla kena pergi studio pulak........hmmm buang masa n for sure la tak muat kan....RAMAI...almost 22 persons...
perkara yang lucu terjadi masa ambik pic family bagi tiap pasangan.........huhu kami berdua je n xpayah susun anak2 diff dengan family lain sibuk atur sana sini....lepas tu semua family ketawakan kami..........My MIL hanya senyum simpul je...aku dapat nampak ada kegembiraan dalam wajahnyer coz semua anak2 n menantu ada........n next year semua kami beraya disana......( TEMA : ORANGE COLOR have been decided for next Hari Raya 2010).......ni kerna pada tahun ni kami tak ikut tema (COKLAT)...xsyok r sama color...aku saja xnak coklat tak up-to-date la.......malamnyer pergi rumah kawan Kakak Ipar without myhusband n yang lucunyer ada jugak yang terpaut dengan aku...masih laku? hehe, akak tak nak introduce sebagai adik ipar n saja je nak tengok akal orang...hehe


RAYA KE -5, dari pukul 11 pagi pergi rumah kawan hubby n sesi petang pergi open house rumah Ma Bazla kat beruas...thanx dia masak sedap2......
sesi malam pergi beraya lagi rumah bestfrend hubby...sampai penuh perut aku nih....kiranya dari pagi smapai malam segala mak nenek masuk perut....mee ada,kueh teaw,bihun sup,laksa,bihun...pastu perut mula meragam....semua kawan2 menunggu kedatangan kami...aku amat rasa dihargai n mendapat kunjungan balas dari mereka....sehinggakan pada hari ahad malam isnin pun ada datang beraya n cari aku...mana ada aku dah balik sini la nak kerja dah isnin.......

RAYA KE-6, aku mintak izin husband nak pergi lepak2 n beraya rumah MOGIE kat Seri Iskandar...yelah hubby pun kuar ngan member2 dia...so aku pun panjang gakla langkah......perjalanan hampir sejam n pukul 5p.m baru sampai....mogie masak nasi beriani...fuhh...sedapppp........kami berborak macam2 tapi macam xckup masa je...terpaksa pulangla lepas maghrib...hampir kul9.30pm baru smapai umah my MIL..........my hubby tunggu kepulangan aku for makesure aku selamat sampai...then, dia sambung keluar lagi....xper aku bagi peluang raya kali nih....masa raya nih la kawan2 balik kampung n they can meet each other n enjoy their favourite sports together (SNOOKER)...xpe bagi chance...tapi nanti kalau aku nak main BOWLING dia kena bertolak ansurla jugak.........

RAYA KE-7, yeye malam nih nak balik dah........tapi sebelah pagi masak dulu.......n sesi petang beraya di rumah abang aku kat BOTA...semua anak buah aku dah tunggu kedantangan kami...n my MIL pun aku ajak sekali........sampai rumah dah pukul 6.30 p.m then bergegas kemas beg n pack barang coz pukul 8 p.m nak balik KEDAH...........tapi hubby ajak pergi open house rumah bestfrend dia (DUAN n LYDIA) lagi so kami pergi 2 buah kete la termasuk my MIL n anak buah...sungguh best open house tu hampir 5buah khemah ...n sesak dengan orang dari pelbagai kaum...makanan sume best jugak...huhu gemukla raya ni....tuan rumah turut bekalkan sourvenier bagi yang terpilih...dapat PAYUNG............duan n lydia ni mmg rapat jugak dengan kami...masa kenduri sponsor pakej pelamin,baju n makeup kat sebelah lelaki....n masa honeymoon ke 2, abang kepada si Duan ni MIRI n NANA sponsor penginapan kat PANGKOR....siap dapat cenderahati honeymoon  COUPLE KEYCHAIN.....
so pukul 9.30pm bertolak dari Stiawan ke SP..........amat meletihkan n aku cuba untuk melayan husband bersembang tetapi terkandas n bila sedar dah exit tol SP Selatan.......

::::hmm tak tahulah nak kata best atau tak raya kali nih...ramai kawan2 bertanya pengalaman raya 1st sebagai pasangan berkahwin, n aku cuma cakap biasa je.........entahla best atau tidak? agak2 best tak melalui cerita2 kat atas tuh........::::