Wednesday, May 18, 2011

Disebalik nama....miss soon to be 7 months

 sila abaikan bantal kt belakang tu yer..spare utk susun sekelilingnya jika nak tinggalkan dia sekejap..
.ini disebabkan sudah terror menyulur n start selangkah 2 merangkak..


 sekarang susah nk snap pic yg clear dok xdiam..
sayang xdpt snap pic senyum lebar dia pakai tudung nie..

Dia telah ditakdirkan untukKu melahirkan didunia ini..sejak 4bulan aku suka tgk pic baby girl walaupun sebelum tu ada 2 pic baby comel yg aku ada publish kt blog ni..tetapi lps 4bulan hanya 1 je aku berkenan..dalam hati terdetik adakah baby girl? so 6 bulan scan 4D doktor jamin 90% adalah girl..nama aku cuba cari sebaik mungkin dan telah tersimpan rapi.....

Namun, selepas kelahirannya terus semua nama2 tu aku dapat rasakan tak sesuai baginya......mungkin betoi kata org kadang2 bila kita tgk baby dah lahir rasa ada nama lain yang sesuai utknya......Alhamdulillah,masa dalam pantang aku meng'google' lagik....dengan combination yang diberikan oleh kak ipar aku rasakan ia amat sesuai......

Maka,termaktublah kat sijil kelahiran sebagai nama: NUR ASSYIFA AMANI BINTI MOHD. AMIN..sekarang ia sudah serasi dgn pangilan 'syifa' dan diapn dh faham itu nama panggilan utk dia..pantang panggil terus akan pandang dan lemparkan senyuman...tapi ayah pula akan panggil 'Ananni' sebagai nama manja2....dah ubahla maksudnya cik abang oiii......jarang dengar dia panggil 'syifa'...aunty Roziepn suka panggil Amani disebabkan itu nama yg dia dh reserve sebelum nie tp tak jadi....

Ia kombinasi nama ala2 sebutan arab skit......Assyifa:penawar,pengubat dan penyembuh......Amani:cita-citaku..
Ada beberapa sebab nama itu dipilih antara tujuannya agar selepas kelahiranya penyakit emak yang agak seirus semakin sembuh. namun semua atas keizinan Allah dan usaha yang berterusan oleh kami anak menantu tak jemu-jemu bawa berubat. Alhamdulillah.....emak sudah sembuh 70% dan mampu untuk dukung Syifa berbanding masa berpantang semua akan diuruskan mertua dan aku sendiri bila balik di Alor Star.....emak hanya mampu tunggu baby jika aku nak makan,mandi dan sebagainya.Emak disyaki mengidap penyakit hati bengkak dan mempunyai air. Namun, bila p GH dah scan semua tak dak apa2..masa tu hanya lagi 2minggu nak raya puasa. Hanya suami dan abang sulung bawa emak. Aku dah tak mampu nak berjalan masa puasa sangat letih menahan puasa dan malamnya tak dapat tidur lena...perubatan alternatif pun dah banyak cuba dan macam2 dijumpai...ada juga unsur2 sihir..nauzubillah,biarla orang buat dan merekala akan tanggung dosa....
Dan kini setelah hampir 1 tahun tanggan emak yg terkena renjatan elektrikpn sudah sembuh dan boleh angkat dengan selesa tanpa disedari. Alhamdulillah,itu kuasa dan dengan izin Allah.

Antara sebab lain adalah agar Syifa sentiasa sihat,tidak mudah jatuh sakit dan cepat sembuh dari penyakit Jaundis. Alhamdulillah sepanjang usia dia hampir 7bulan baru 1xje dia terkena selsema akibat berjangkit dari taska.Selsema nie memang tak dapat dielakkan mudah berjangkit.Demam dan panas badan yang tiba2 masih belum lagi dan hati ini sentiasa berdebar-debar jika dia sakit risaukan suara nangis dia yang bingit tue,tak lalu makan or panas yang berlarutan..Harap2 tiap perkembangan dia nak jalan or tumbuh gigi dia akan kuatkan semangat tanpa sebarang alahan.Tapi...tak taula sebenarnya demam tu bagus ke tak utk setiap perkembangan....HB kata dah namanya demam mestila tak bagus......

Antara petua untuk elakkan demam ialah mandi 3x sehari semenjak baby lagi. Ini diamalkan oleh HB sekeluarga dari kecil agar badan tak panas.Harap kawan-kawan amalkan untuk anak2.

Semoga Allah lindungi Dia dan sentiasa sihat selalu,ceria sentiasa,cepat berlajar 
dan jadi anak yang solehah.Aaamiin.

2 comments:

  1. syifa-syifa..aunty illa nak panggil amani lahh..suka amani..hee..kak ina lama dah ke mak k ina sakit..xtau lak pn..

    ReplyDelete
  2. boleh aje nama byk,hihi..dh lama dh ila..dr dlu lg ms aku kwinpn dia xbpe sihat tp xteruk lgla..dh kwin sng skit aku kumpul kekuatan dan tumpg bergantung ngn suami...paling lama dan xboleh hilang angin yg kuat..sbb tula kita ni klo pompuan dlm pntg baikla jga elok2 effect ms tua,xckup ubatla,kurg berurut..dlu anak yatim sume wt sndiri,kje berat2.....angin meroyan klo turun ke kaki jd letih,klo nek kepala jd pening,klo ke perut xboleh mkn....pastu tmbh2 lgi ngn penyakit lain yg pelik2 pulak..xpernah nk dok sihatje,teringin nak bw jalan bila dh beli kete tp dia xmau pulak....bw mkn kt luarpn dia xmau..sedihla sgt2....

    ReplyDelete