Sunday, May 29, 2011

Budak baru tumbuh gigi....


Alhamdulillah, dah naik sebatang gigi minggu lepas semasa genap usia 7 bulan 3 hari. Kerisauan sentiasa ada takut2 Syifa ada alahan. Tapi dia macam biasaje......ada jugak baca maklumat dari blog tanda-tanda baby nak tumbuh gigi antaranya ialah;
-suhu badan naik kurang dari 39'C. (alhamdulillah,dia ok dan suhu macam biasa)
-selalu nak gigit utk menghilangkan rasa tak sedap pada gusi. (yang ni mmg sejak 4 bulan lagi tapi sekarang ni dia akan jerit dan bebai kalau kita ambik benda yang dia nak gigit, yang paling suka remote TV dan handphone, aduhai)
-kurang selera makan. (mungkin jugak sebab macam tak habisje bubur nasi dan pengasuh suruh tukar menu padahal memang 2-3hari sekali dah tukar)
-keresahan.( ketara sekali sebab tak nak tido,malam-malampun payah tido)
-gusi kemerahan.(gusi ada jugak nampak kemerahan dan bayang-bayang gigi putih sangat clear)
-pipi kemerahan.(hehe,gelap daaa...tp dia tengah ruam sekarang)

Malam tadi nasib dia okje tak wat perangai mcm sebelum tu tak pernah2 nangis dan menjerit lama dah.Hairan jugak tapi bila ingat2 maybe gusi dia sakit sebab gigi baru tumbuh dan sebelah lagi tupun nak keluar dah...

Lagi pulak petang tu kami pergi taman untuk aku pijak batu refleksologi tu..kot2la dia terbawa2 tgk org ramai tak leh tido pulak...sakit bebenor dah rasa kaki2 nie..lega sikit rasa tegang2 dan berdenyut2 dan panasje maybe darah dah berjalan elok. Elokla pergi selalu nak berjogging tak mampu lagi....

Jadi, malam tu bolehla masak-masak utk bawa..potluck utk majlis farewell seorang sahabat yang sama-sama lapor diri dulu dan kami bahagian lain yang menghargai dan buat majlis untuk dia nak pindah ....sedih jugak sebab kami sama2 induksi,sama2 BTN..nama anakpun sama jugak rupanya baru tau....cuma dia Nur Syifa Ayuni...nyaris2 tue....nasib tak totally sama....banyak jugak menu arini ada puding 2jenis,kuih2,tiramitsu,tom yam,sambal ikan,rendang,pekasam,telur masin,tapai,sambal belacan dan masak lemak daging......tapi mcm tak slerala sebab ramai yang tetiba bercuti......


Taraa.....khas utk myfrend......dan ikan pekasam not in the pic yer....(bau satu rumah goreng nie sampai jiran belakang buka pintu awai2 pagi dok cium bau pekasampe...dok lepak2 maklumla cikgu cuti sekolah)

 rendang ayam tgh mendidih..guna santan sawit tanpa kolesterol..tahan lama...

taraa..dah siap untuk 1 ofis makan dan bekalkan kpd pengasuh Syifa..

 
korean style....

suka dia..tak dan mama puas main dia dah jemu..

sangat teruja...

 nak tiru mama peace tak jadi

terlebih ghenyih daa..

No comments:

Post a Comment