Tuesday, September 8, 2009

RoMaNTiK RaSuLuLLaH BeRsAmA IsTeRiNyA...

Assalamualaikum.
Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang
suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang
dapat
diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH 
SAW bersama isterinya.  
Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang
mengamalkan
sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan
satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda
lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang
paling disayangi".
Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu
kemudian."  
 
Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap

seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda
berpesan
supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu
hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah
SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah  
yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum
puas
kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan
merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.  
 
  Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk
mendapat
suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud:
"Apabila
pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui
celah-celah jari mereka".  
Rasulullah
SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.
Baginda
acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak
salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk
menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.  
 
  Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita
tauladani dan praktikkan dalam kehidupan  
berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah
tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga
pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi
menghapuskan
segala dosa-dosa.   
  +
  +
Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan
rumahtangga
kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga.   
  "Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak
Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan
serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama
di
hari berserinya wajah  
orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin
............ ......... ..  
P/S eina: so selamat beramal n ikut sunnah Rasulullah SAW.
 

No comments:

Post a Comment